Teori Pembelajaran.docx_第1页
Teori Pembelajaran.docx_第2页
Teori Pembelajaran.docx_第3页
Teori Pembelajaran.docx_第4页
Teori Pembelajaran.docx_第5页
已阅读5页,还剩10页未读 继续免费阅读

下载本文档

版权说明:本文档由用户提供并上传,收益归属内容提供方,若内容存在侵权,请进行举报或认领

文档简介

SOALAN:Dengan memilih SATU teori pembelajaran yang telah dipelajari, buat perbandingan dengan Teori Behavioris dari segi signifikannya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Tunjukkan secara jelas, bagaimana anda sebagai guru mengaplikasikan teori-teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Teori pembelajaran didefinisikan sebagai hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.Untuk melahirkan pembelajaran yang baik lagi berkesan, teori telah dihasilkan daripada kajian saintifik yang telah disah terima sebagai sesuatu prinsip atau asas yang boleh dijadikan panduan pelaksanaan. Kajian-kajian tokoh psikologi pendidikan menghasilkan teori pembelajaran yang diterima pakai untuk menjelaskan pelbagai cara manusia dan haiwan belajar. Antara teori pembelajaran yang kita dapat manfaatkan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ialah behavioris, kognitif, sosial, humanistik dan konstruktivisme. Teori pembelajaran Behavioris dipelopori oleh Ivan Pavlov, Edward Thorndike, John B. Watson dan B. F. Skinner. Teori pembelajaran behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Ahli teori Behavioris menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Kita perlu memahami bahawa tingkah laku dimuridi di mana kedua-dua dorongan yang memulakan tingkah laku dan tingkah laku spesifik yang dimotivasikan oleh dorongan tersebut dimuridi melalui interaksi kita dengan persekitaran.Teori pembelajaran Kognitif pula dipelopori oleh Kohler, Ausubel, Bruner dan Gagne. Teori ini berfokus kepada perubahan proses mental yang berlaku secara aktif. Perubahan dalam tingkah laku yang dimaksudkan boleh berlaku pada masa-masa lain. Perubahan struktur mental termasuklah kepercayaan, matlamat, jangkaan dan seumpamanya (Eggen dan Kauchak, 2008). Antara teori kognitif yang terkemuka ialah teori celik akal Kohler (Gestalt), teori pembelajaran penerimaan Ausubel, teori pembelajaran penemuan Bruner dan hierarki pembelajaran Gagne.Teori pembelajaran Sosial pula berdasarkan pendekatan Behavioris atau teori pembelajaran, tetapi menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Teori ini ada persamaan dengan teori pelaziman operan yang mengambil kira kesan peneguhan ke atas tingkah laku. Pendiriannya ialah manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat kepadanya. Ahli psikologi Kanada Albert Bandura (1925) menamakan ini sebagai pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran melalui model.Teori pembelajaran Humanisme dijumpai oleh Maslow dan Carl Rogers. Psikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza, berkongsi beberapa pegangan: manusia berbeza dengan haiwan, bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik mempunyai potensi yang unggul, dan mereka berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Pendekatan humanistik juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat, serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teori Konstruktivisme pula merujuk kepada pendapat bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Teori pembelajaran Konstruktivisme mempunyai asas teori Kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Tokoh asas konstruktivisme ialah Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali sebagai konstruktivisme psikologi / individu / kognitif, manakala teori yang dianjurkan oleh Lev Vygotsky ialah konstruktivisme sosial. Namun, cara seseorang individu menimba ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam, adalah dengan membina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan adalah teori Behavioris. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong adalah Ivan Pavlov, B. F. Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka tertumpu kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya.Selain ini, ahli tingkah laku juga menggunakan konsep pelaziman untuk menerangkan bagaimana pembelajaran berlaku. Pelaziman didefinisikan sebagai satu proses dimana tingkah laku organisme berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran supaya apabila rangsangan ini wujud, tingkah laku tersebut berlaku. Ahli behavioris mencadangkan dua jenis pelaziman untuk menerangkan pembelajaran, iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan.Teori pelaziman klasik juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas / responden atau Teori R-G. Pembelajaran melalui pelaziman ini adalah pertama kali dikaji oleh Ivan Pavlov. Beliau adalah seorang ahli saintis behavioris yang menjumpai proses pelaziman klasik semasa beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan air liur anjing. Dalam pelaziman klasik, rangsangan baru timbul bersama-sama dengan rangsangan tak terlazim (bau makanan) dan berlaku sebelum gerak balas tersebut, yang dibangkitkan oleh rangsangan tak terlazim. Rangsangan baru menjadi rangsangan terlazim dan gerak balas yang berlaku berikutan dengan kedua-dua rangsangan itu menjadi gerak balas terlazim. Oleh itu, dalam pelaziman klasik, satu organisme belajar memberi gerak balas kepada rangsangan baru dengan cara yang sama ia memberi gerak balas kepada yang lama, rangsangan tak terlazim (Bigge, 1964). Satu corak pembelajaran berlaku apabila dua rangsangan rangsangan neutral (reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) dan rangsangan tak terlazim (peristiwa di mana gerak balas berlaku secara automatik tanpa latihan awal) yang “dipasangkan” (wujud serentak) berhubungkait antara satu sama lain.Rajah 1: Kajian terhadap gerak balas rembesan air liur anjingManusia dikatakan “beroperasi” secara aktif terhadap persekitarannya untuk melahirkan akibat yang berlainan. Tindakan ini dinamakan operan. Oleh itu, proses pembelajaran yang terlibat dalam tingkah laku operan dinamakan pelaziman operan kerana kita belajar bertingkah laku mengikut cara kita beroperasi dengan persekitaran (Woolfolk, 1998). B. F. Skinner terkenal dengan pelaziman operannya. Menurut beliau, sesuatu organisme pada mulanya perlu membuat gerak balas yang diingini dan kemudian suatu “ganjaran” diberikan. Ia sebenarnya memperteguhkan gerak balas tersebut dan kemungkinan akan berlaku lagi. Dengan kata lain, gerak balas tersebut adalah instrumental dalam membawa peneguhannya.Pembelajaran dikatakan berlaku apabila peserta perlu memberi gerak balas untuk melahirkan perubahan pada persekitaran. Contoh, jika anda memberi sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan dan akibatnya adalah menyenangkan, maka kemungkinan besar anda akan menunjukkan gerak balas yang sama apabila berhadapan dengan rangsangan tersebut di lain masa. Dengan ini, pembelajaran berlaku apabila tingkah laku sukarela menjadi kukuh atau lemah disebabkan oleh akibat atau peristiwa sebelumnya.Implikasi teori Behavioris dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner (2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid.Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara kognitivisme. Penggerak utama kognitivisme ialah Jean Piaget. Idea utama kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai.Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.Berasaskan pemerhatian ahli psikologi Jean Piaget ke atas anak-anaknya, beliau mengaplikasikan prinsip aplikasi dan metod biologi dalam mengkaji perkembangan manusia. Piaget juga mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi. Organisasi ialah sikap dalaman organisme untuk bertindak untuk menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian dengan persekitaran fizikal. Dengan kata lain organisasi ialah proses dalaman dan adaptasi ialah proses luaran. Kedua-dua proses ini diterangkan degan lebih lanjut melalui empat konsep utama iaitu Skema, Asimilasi, Akomodasi dan keseimbangan.Piaget juga berpendapat manusia melalui empat proses perkembangan dalam proses memahami dunia persekitaran. Setiap tahap berkait rapat dengan umur dan berbeza cara berfikir seperti berikut:Pada peringkat Deria motor (0 hingga 2 tahun), pemikiran terhad dengan hanya menggunakan deria motor dan deria yang lain untuk memahami dunia mereka. Umur 2 hingga 7 tahun dikenali sebagai peringkat Pra operasi. Pada peringkat ini permulaan pemikiran secara simbolik, tidak mengikut logik dan mudah diperdaya oleh persepsi berlainan. Peringkat terpenting adalah peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun). Di peringkat ini permulaan pemikiran logik dan konkrit dan boleh menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Peringkat terakhir ialah peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas) iaitu peringkat pemikiran abstrak dan hipotetikal. Boleh memikirkan akibat panjang sesuatu aksi.Apabila kanak-kanak mencapai peringkat operasi konkrit, pemikiran mereka menjadi semakin fleksibel, logikal dan tersusun. Namun begitu, pemikiran mereka masih terhad kepada sesuatu yang maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isi padu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Contohnya mereka tahu bahawa air yang sama banyak, masih sama banyak walaupun ditukar kepada bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Mereka juga boleh menerima perbezaan pendapat dengan orang lain. Pada peringkat ini ciri-ciri utama perkembangan kognitif kanak-kanak seperti berikut :a) Keupayaan menumpu perhatian kepada lebih daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja atau disebut desentrasi. Contohnya kanak-kanak dapat berfikir tentang saiz bekas dan isi padunya.b) Reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isi padu. Contohnya,sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah isi padunya.c) Kefahaman klasfikasi hieraki atau keupayaan mengklafikasikan objek dengan mengambil kira dua kelas yang berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas yang lebih rendah. Contohnya kanak-kanak dapat mengelaskan rajah-rajah mengikut bentuk dan warnanya.d) Keupayaan mengklasfikasi dan menyusun objek dengan menumpu lebih daripada satu dimensi sama ada dari segi saiz, bentuk atau warna.e) Kefahaman konsep serasi iaitu keupayaan mengatur objek mengikut urutan, misalnya dari pendek kepada panjang dan sebaliknya.f) Kefahaman inferens transitif dan berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental. Contohnya A sebelum B, B sebelum C, menjadi susunan ABC.g) Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara penguasaan konsep logikal meningkat mengikut urutan. Contohnya kefahaman mengenai pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair.h) Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, kebolehan mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Contohnya kanak-kanak peringkat prasekolah yang dapat memberi gambaran yang tepat tetapi tidak tersusun tentang persekitaran biasa. Walaupun kanak-kanak peringkat ini menggunakan logik apabila berhadapan dengan objek dan menggunakan penaakulannya, tetapi mereka belum bersedia menangani idea abstrak. Mereka belum bersedia mengkritik logik orang lain. Mereka menyelesaikan masalah melalui cuba jaya dan bukan mengikut strategi yang efisien dan sistematik.Selain itu perkembangan di peringkat operasi konkrit juga boleh dilihat pada perkembangan fizikal. Perkembangan fizikal boleh dibahagi kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Pada peringkat sekolah perkembangan motor kasar kanak-kanak semakin meningkat. Mereka dapat memanjat bukit,menunggang basikal dua roda, menyambut bola kecil dan membantu membasuh baju, mengemas rumah dan menggosok baju. Di sekolah rendah kanak-kanak masih belum menguasai kematangan sepenuhnya, oleh yang demikian mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Penting bagi kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Kemahiran motor halus pula merujuk kepada otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca dan mengira ( 3M ) dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka peroleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama di bahagian tangan dan kaki. Dengan itu segala aktiviti pergerakan seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna. Penilaian dalam perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dilihat melalui pemerhatian, menjalankan ujian dan mencatat status perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.Rajah 2: Gambaran Pengertian KonstruktivismeImplikasi dalam pengertian konstruktivisme amat mendalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Di samping itu, guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.Walaupun teori Behavioris sering digunakan dalam pengajaran harian, tetapi teori Behavioris dalam perkembangannya mendapat kritikan dari ahli teoris dan ahli pendidikan. Menurut para pengkritik, teori ini tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks kerana banyak perkara di dunia pendidikan yang tidak dapat diubah menjadi sekadar hubungan tindak balas. Sebagai contoh, tidak selalu stimulus mampu mengekalkan motivasi belajar seseorang. Kritikan juga diarahkan pada kelemahan teori ini yang mengarahkan berfikiran linier, konvergen dan kurang kreatif, termasuk masalah pembentukan yang cenderung membatasi keleluasaan untuk berfikir dan berimaginasi.Pada dasarnya teori konstruktivisme menekankan pentingnya murid membangun sendiri pengetahuan mereka lewat keterlibatan aktif proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan pada murid daripada berpusatkan guru. Sebahagian besar waktu belajar berlangsung dengan berasaskan pada aktiviti murid.Berdasarkan teori behavioris dan teori konstruktivisme, dapatlah dibuat perbandingan daripada segi:a) Objektif: Objektif bagi pengetahuan teori behavioris adalah pasti dan tetap, manakala objektif bagi teori konstruktivisme selalu berubah.b) Pemerolehan pengetahuan: Murid memperoleh pengetahuan melalui teori behavioris, tetapi murid menggali makna pengetahuan melalui teori konstruktivisme.c) Peranan guru: Dalam teori behavioris, guru hanya memindahkan pengetahuan kepada murid, manakala teori konstruktivisme adalah membantu murid berfikir secara kritis dan mendapatkan makna pengetahuan.d) Minda: Bagi teo

温馨提示

  • 1. 本站所有资源如无特殊说明,都需要本地电脑安装OFFICE2007和PDF阅读器。图纸软件为CAD,CAXA,PROE,UG,SolidWorks等.压缩文件请下载最新的WinRAR软件解压。
  • 2. 本站的文档不包含任何第三方提供的附件图纸等,如果需要附件,请联系上传者。文件的所有权益归上传用户所有。
  • 3. 本站RAR压缩包中若带图纸,网页内容里面会有图纸预览,若没有图纸预览就没有图纸。
  • 4. 未经权益所有人同意不得将文件中的内容挪作商业或盈利用途。
  • 5. 人人文库网仅提供信息存储空间,仅对用户上传内容的表现方式做保护处理,对用户上传分享的文档内容本身不做任何修改或编辑,并不能对任何下载内容负责。
  • 6. 下载文件中如有侵权或不适当内容,请与我们联系,我们立即纠正。
  • 7. 本站不保证下载资源的准确性、安全性和完整性, 同时也不承担用户因使用这些下载资源对自己和他人造成任何形式的伤害或损失。

评论

0/150

提交评论